Dalam keadaan ketidaktentuan politik semasa dan ditambah pula dengan inisiatif Pelan Rangsangan Ekonomi, Pilihan Raya Umum tidak dilihat sebagai satu pilihan yang baik untuk diadakan kerana ia akan melibatkan kos yang tinggi serta mengalami kesukaran kerana berkemungkinan berlakunya perubahan kerajaan.
Perkara itu disokong Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Yusof Saari, sewaktu sesi temu bual di Buletin AWANI Khas pada Jumaat.