Menurut pakar perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz, jika langkah seterusnya yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2 Mac ini diteruskan, proses pemilihan akan melalui proses biasa seperti yang termaktub dalam Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat Perkara 14 iaitu Aturan Urusan Mesyuarat.