Ketua Menteri jumpa TYT, bincang komposisi kerusi DUN Melaka

2022-03-17 0

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari bersedia berjumpa Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob dalam masa terdekat bagi membincangkan soal perubahan landskap politik negeri.

Jelasnya ini susulan keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar daripada gabungan Pakatan Harapan (PH) sekaligus menjejaskan komposisi kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.