Pemandu treler dituduh memandu melulu

2022-03-17 0

Seorang pemandu treler didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Siput pada Khamis atas empat pertuduhan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian empat sekeluarga termasuk seorang anggota polis, 13 Februari lalu.

Tertuduh, Y Vethri Vel, 26, bagaimanapun tidak memahami pertuduhan yang dikenakan terhadapnya sebaik ditanya jurubahasa dalam Bahasa Melayu dihadapan majistret Norhabsarina Ayob.