Penduduk, NGO bantah pembangunan hutan Kledang Sayong

2022-03-17 0

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan penduduk berhampiran hutan simpan Kledang Sayong di Ipoh, Perak membantah rancangan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk mengubah guna tanah tiga blok di kawasan berkenaan bagi tujuan pembangunan.
Mereka mahu ketiga-tiga kawasan yang luasnya hampir 160 hektar itu dikekalkan sebagai kawasan hutan atau kawasan lapang seperti yang ada sekarang.