Sudah sampai masa kerajaan menilai dan mengkaji semula semua undang-undang berkaitan pengedaran dan penyalahgunaan dadah mengikut kesesuaian perubahan trend dadah semasa, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Ia termasuk hukuman mati kerana memiliki dadah yang dianggap terlalu keras.