Sebuah farmasi di Tawau, Sabah menjadi premis pertama di Malaysia untuk dikenakan kompaun sebanyak 20 ribu ringgit kerana menjual topeng muka pada harga lebih tinggi daripada harga kawalan.
Kompaun dikenakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Tawau ke atas farmasi yang terletak di Jalan Belian itu pada Isnin.