Kerajaan memutuskan untuk tidak membenarkan mana-mana kapal persiaran yang berlepas atau transit di mana-mana pelabuhan di negara China daripada memasuki Malaysia.
Ia susulan seorang wanita warga Amerika (AS), yang juga penumpang dari kapal persiaran mewah MS Westerdam yang berlabuh di Kemboja pada Khamis lalu disahkan positif koronavirus (COVID-19) ketika memasuki Malaysia pada Sabtu.