Polis tidak menahan, sebaliknya hanya mengeluarkan saman ke atas seorang pelajar yang melarikan diri dan terbabas ketika diminta berhenti oleh anggota traffik di Jalan Pasir Mas-Bunut Susu, pada 13 Febuari lepas.
Bahkan pelajar yang berusia 16 tahun itu turut dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar kerana kecederaan yang dialaminya.