Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang akan memberikan khidmat kaunseling kepada lima beradik susulan kematian bapa mereka akibat kemalangan jalan raya di Perai, Ahad lepas.
Pengarahnya, Abdul Rashid Abd Samad berkata, sesi kaunseling itu akan diberikan selepas mereka kembali semula ke sekolah Isnin depan.