Majlis Profesor Negara (MPN) mencadangkan Putrajaya supaya membubarkan Parlimen dan menyerah kembali mandat kepada rakyat sekiranya isu peralihan kuasa gagal dimuktamadkan. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MPN, Profesor Datuk Dr Raduan Che Ros, menegaskan isu peralihan kuasa antara Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Anwar Ibrahim adalah perkara utama perlu diselesaikan segera berbanding mengubah sistem pilihan raya sedia ada.