Ekonomi Malaysia tumbuh 3.6 peratus pada suku keempat 2019 sekaligus menjadikan ia pertumbuhan paling lemah sejak akhir 2009.
Menurut pengumuman oleh Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunos, pertumbuhan itu kekal dipacu oleh perbelanjaan sektor swasta yang lebih tinggi pada 7.4 peratus.
Sementara bagi tahun penuh 2019, ekonomi negara tumbuh 4.3 peratus berbanding 4.7 peratus pertumbuhan yang direkodkan pada 2018.