Pegawai Kesihatan, Penolong Akauntan Ledang dituduh rasuah

2022-03-17 0

Seorang Pegawai Kesihatan dan Penolong Akauntan Ledang di dakwa atas 49 pertuduhan bersubahat mengemukakan baucer tuntutan palsu berjumlah 807 ribu 816 ringgit 27 sen di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
Tertuduh, Dr Zaharah Mohd Salleh dan Noor Shazriena Miskam bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di Hadapan Hakim, Kamarudin Kamsun.