Perkembangan penularan wabak koronavirus.
Jumlah kematian keseluruhan akibat wabak coronavirus di China meningkat kepada 720 hari ini selepas wilayah Hubei melaporkan 81 kematian terbaharu.
Perangkaan itu mengatasi jumlah kematian akibat Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang meragut hampir 650 nyawa di tanah besar China dan Hong Kong pada 2002 - 2003.