Koronavirus: Kedutaan Malaysia di Beijing hantar pasukan ke Wuhan

2022-03-17 0

Kedutaan Besar Malaysia di Beijing menghantar satu pasukan peninjau ke wuhan bagi menyelaras dan membantu proses membawa pulang 120 rakyat Malaysia di wilayah Hubei.

Duta Besarnya Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin berkata pasukan yang terdiri daripada enam pegawai kedutaan itu ditugaskan untuk mengumpul dan mengemas kini senarai rakyat Malaysia yang berada di wilayah itu.