Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis menafikan berita tular di media sosial, bahawa kes pertama novel koronavirus telah dikesan di negeri itu, kononnya di Stesen KTMB Padang Besar.
Pengarahnya, Dr Sirajuddin Hashim berkata, seorang wanita berumur 69 tahun berasal dari Hong Kong dikesan demam ketika saringan di pintu masuk negara di Padang Besar, pada 11.45 pagi Jumaat.