Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan pelancong-pelancong dari Wuhan dan Hubei akan dihalang dari memasuki Malaysia bagi mengelakkan penularan wabak koronavirus. Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas di Putrajaya tengah hari Khamis.