Op Selamat 16: Lebih 8,000 kemalangan dalam tempoh 5 hari

2022-03-17 0

Sejumlah lapan ribu 570 kemalangan jalan raya membabitkan 13 ribu 38 kenderaan dilapor dalam tempoh lima hari Op Selamat 16 bersempena Tahun Baharu Cina 2020 sejak dilancarkan pada Sabtu.
Daripada jumlah itu, Selangor merekodkan jumlah kemalangan paling tinggi iaitu dua ribu 701 kes, diikuti Johor seribu 348 kes dan Kuala Lumpur seribu 19 kes.