Pengawal keselamatan edar dadah dihukum gantung sampai mati

2022-03-17 0

Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana mengedar dadah jenis methamphetamine, empat tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Datuk Zainal Azman Ab Aziz menjatuhkan hukuman berkenaan setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.