Ibu negeri Negeri Sembilan, Seremban kini rasmi diisytiharkan sebagai sebuah bandaraya selepas Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) digabungan sekaligus menjadikan seremban berstatus Majlis Bandaraya Seremban (MBS).
Istiadat pengisytiharan itu disempurnakan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sekaligus merasmikan Wisma MBS.