Tiga pantai 'perangkap maut' di Terengganu

2022-03-17 0

Tiga kawasan pantai di Terengganu dikenal pasti sebagai perangkap maut kepada orang ramai yang gemar ke lokasi tersebut.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Mohamad Shoki Hamzah, tiga pantai itu ialah Pantai Pandak Chendering di Kuala Terengganu serta Pantai Teluk Lipat dan Tanjung Bidara di Dungun.