Enam pelanggan sebuah bank di Sungai Bakap, Nibong Tebal mengalami pening, muntah dan sesak nafas selepas dipercayai terhidu semburan racun serangga dalam kejadian di premis tersebut pada Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafee Abd Samad berkata dalam kejadian 1230 tengahari itu, kesemua mangsa berada di mesin pengeluaran automatik (ATM) sebelum terhidu sesuatu yang berbau busuk.