Makanan merupakan instrumen penting dalam mengeratkan lagi perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Disebabkan itu Program YeeSang Kita yang bertindak sebagai serampang dua mata dianjurkan sempena sambutan Tahun Baru Cina serta Tahun Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia-Cina 2020. Program Yee Sang Kita pada 18 Januari 2020 bertempat di Dataran Merdeka, bermula dari jam 7.30 malam hingga 8.30 malam.