Seorang kakitangan Perodua, Rawang maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh belakang sebuah treler muatan simen di Kilometer 15.2, Kundang menghala Puncak Alam pagi tadi.
Kemalangan berlaku kira kira jam 7 pagi tadi ketika mangsa, Mohd Firdhaus Hashim dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Tasik Puteri, Rawang selepas bertugas syif malam.