Dua syarikat masing-masing didenda RM60 ribu kerana membina sistem pembentungan dan tangki septik tanpa kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Hukuman itu dijatuhkan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Jamaludin Mat selepas kedua-dua pengarah syarikat tersebut didapati bersalah atas empat pertuduhan.