Gubal dasar lebih baik atasi masalah dadah

2022-03-17 0

Kerajaan disaran menggubal dasar yang lebih baik dan tegas bagi mengekang aktiviti berkait jenayah dadah, yang makin sukar dibendung ketika ini.
Naib Pengerusi Kanan, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, langkah itu perlu disegera memandangkan dasar dadah negara yang diperkenalkan 20 tahun dahulu, dilihat jauh terkebelakang.