Seorang pemandu lori simen hanya mampu mengerang menahan kesakitan kerana kaki kirinya tersepit hampir dua jam selepas lori simen yang dipandunya berlanggar dengan sebuah lori di Pekan Langgar dekat Alor Setar, Kedah.
Kejadian berlaku kira-kira jam 11.40 pagi apabila lori simen yang dipandu Muhd Shahril Nizam Abu Bakar, 26 tahun dipercayai datang dari arah Jalan Pendang ke Pekan Langgar bertembung dengan sebuah lagi lori dari arah Alor Setar ke Pekan Langgar.