Isu tempatan tumpuan utama pengundi PRK Kimanis

2022-03-17 0

Pengundi Parlimen Kimanis dijangka akan menjadikan isu tempatan sebagai faktor dalam mereka memilih wakil rakyat baharu menjelang pilihan raya kecil itu.

Penganalisis Politik Universiti Malaysia Sarawak (UMS) Dr Syahruddin Abg Ahmad berkata, maklum balas yang diterima dari penduduk setempat menunjukkan isu seperti tidak menunaikan manifesto Pakatan Harapan tidak begitu mendapat tempat di hati mereka.