Dua laras meriam dipercayai abad ke- 18, ditemui di tapak projek kerja-kerja pengukuhan dan menaik taraf tembok laut di pesisir pantai utara, dekat Kota Cornwallis, Georgetown.
Meriam sepanjang 3.6 meter dengan anggaran berat tiga tan setiap satu itu ditemui pada 9 dan 27 Disember lepas semasa kerja yang dijalankan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).