PTPTN mencapai sasaran kutipan bayaran balik bagi 2019

2022-03-17 0

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melabuh tirai 2019 dengan merekodkan kutipan bayaran balik sebanyak 2.07 bilion ringgit, berbanding dua bilion ringgit sasaran awal sebelum ini.
Pengerusinya Wan Saiful Wan Jan berkata, budaya membayar balik pinjaman PTPTN dalam kalangan peminjam meningkat kepada 82.5 peratus setakat 30 November lepas, berbanding 81.3 peratus pada 31 Disember 2018.