Biasa kita mendengar ada individu yang bersukan seperti bermain bola sepak dan badminton, rebah dan maut disebabkan kegagalan jantung berfungsi dengan baik.
Ia kerana denyutan jantung terhasil ketika bersenam melebihi had kemampuannya.
Cara untuk mengira had denyutan jantung anda adalah:
[Degupan jantung Maksima (220) - (Umur Kita)] x Peratusan Peringkat Senaman!
55-65% untuk peringkat permulaan (beginner).
70-85% untuk peringkat sederhana (intermediates) ke tinggi (advance).
Contoh untuk senaman peringkat tinggi
(220 - 30) x 85% = 161.5 denyutan per minit
Ikuti penjelasan Pengarah Klinikal Kegagalan Jantung & Pemindahan Jantung, IJN, Datuk Dr Mohd Azmee Ghazi.