Seorang anggota polis maut selepas dipercayai menembak diri sendiri ketika bertugas di Kampung Sungai Buah, Dengkil, Selangor, awal pagi ini.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad, kejadian berlaku pada pukul 3.55 pagi semasa anggota itu sedang bertugas dalam operasi sekatan jalan raya di kawasan tersebut.