Dua remaja 'pancing' duit tabung masjid diberkas

2022-03-17 0

Perbuatan dua remaja lelaki yang 'memancing' duit tabung Masjid Al Redzuan di pusat bandar di sini mengundang padah apabila mereka diberkas Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid dan polis, pada Sabtu.

Suspek pertama berusia 17 tahun diberkas AJK masjid di Taman Linear, Jalan Temenggong, di sini pada 1.20 pagi manakala rakannya berusia 20 tahun, ditahan pihak polis di hadapan sebuah restoran makanan segera pada 1.30 pagi.