Lebih 6,000 jentera wanita Pakatan Harapan (PH) Sabah akan 'turun padang' bagi membantu calon parti itu dalam Pilihan Raya Kecil Kimanis.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayan, Jannie Lasimbang, sekurang-kurangnya 300 jentera wanita bagi setiap parti komponen akan bertugas sepanjang tempoh kempen PRK itu.