Kementerian Dalam Negeri, KDN mengambil langkah proaktif menyelesaikan permasalahan melibatkan permohonan kewarganegaraan khususnya kes kanak-kanak tanpa dokumen di negara ini.
Menterinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Prosedur Operasi Standard (SOP) berhubung perkara itu ditambah baik dengan pemohon tidak perlu menunggu terlalu lama berbanding sebelum ini.