Kesemua kawasan rekreasi termasuk air terjun, sungai, tasik, pantai di Terengganu tidak selamat untuk beriadah sepanjang musim tengkujuh ini
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Mohamad Shoki Hamzah berkata lokasi berkenaan juga berisiko untuk berlaku kejadian seperti arus deras, paras air naik secara tiba-tiba kerana kepala air dan banjir.