Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menggesa Kerajaan Persekutuan untuk berpegang janji memberi subsidi 50 peratus jika gaji minimum di 57 bandar utama dinaikkan kepada RM1,200.
Presidennya, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, keputusan kerajaan yang meminda jumlah kenaikan gaji tiga kali dalam masa setahun itu, dilihat tidak rasional, dan membebankan majikan.