Kerajaan pertimbang cadangan gaji minima RM1,800 oleh CUEPACS

2022-03-17 0

Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang meminta agar gaji minima penjawat awam ditetapkan RM1,800 sebulan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata tuntutan itu merupakan salah satu hak CUEPACS dalam menjamin sesuatu yang lebih baik kepada penjawat awam, bagaimanapun kerajaan juga turut mempunyai hak yang sama sebelum membuat keputusan.