Suami isteri didakwa kerana dera pembantu rumah

2022-03-17 1

Suami isteri mengaku tidak bersalah atas dakwaan memperdagangkan pembantu rumah warga Indonesia dengan eksploitasi pengabdian sejak lapan tahun lepas.

Tertuduh J. Jayamalar, 36 tahun, dan suaminya, v. Chandru, 35 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen, Hakim Azman Abu Hassan.