Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan ikrarnya mengangkat sumpah laknat bagi menafikan dakwaan Azilah Hadri berhubung pembabitan beliau dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Lafaz angkat sumpah laknat itu dilakukan Ahli Parlimen Pekan di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur sejurus berakhir solat Jumaat.