Pejabat Menteri Besar Johor sentiasa menjelaskan perkembangan terkini keadaan banjir di negeri itu kepada Menteri Besar Datuk Dr Sahruddin Jamal walaupun beliau berada di luar negara.
Malah dalam kenyataan yang dikeluarkan, Dr Shahruddin juga melakukan tinjauan sebelum berangkat ke Mesir dan Jordan pada Rabu.