Polis mahu melihat akuan bersumpah yang mendakwa bekas Perdana Menteri Najib Abdul Razak terbabit dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu terlebih dahulu, sebelum memutuskan tindakan seterusnya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamad menjelaskan, pihak berkuasa itu perlu mengesahkan akuan bersumpah, yang dibuat oleh bekas anggota unit tindakan khas Azilah Hadri.