Kerajan Negeri Sabah berhasrat meningkatan penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan kakitangan pihak berkuasa tempatan(PBT) bagi mempercepatkan pembangunan dan perkhidmatan di negeri ini.
Sehubungan dengan itu Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Negeri Sabah menganjurkan seminar ICT dan bengkel Smart City 2019 bagi memastikan kakitangan PBT diseluruh Negeri Sabah menguasai dan menggunakan ICT dalam mempercepatkan perkhidmatan mereka.