Sabah menjadi negeri pertama mengisytiharkan 24 Disember sebagai cuti am tambahan sempena perayaan Krismas setiap tahun, bermula tahun ini.
Perkara itu diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada perasmian Majlis Sambutan Perayaan Krismas Kota Kinabalu 2019 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Rabu malam.
Jelasnya, cuti am tambahan itu dapat membolehkan mereka yang menyambut Krismas pulang ke kampung masing-masing lebih awal.