Sukan SEA 2019: Hakimi cipta emas hatrik di temasya Sukan SEA

2022-03-17 0

Atlet lompat kijang negara Muhammad Hakimi Ismail menepati statusnya sebagai Jaguh Lompat Kijang Asia Tenggara apabila merangkul pingat emas buat kali ketiga di temasya Sukan SEA.
Di Sukan SEA edisi ke-30 Filipina, atlet berusia 28 tahun itu melakukan catatan peribadi terbaik pada jarak 16.68 meter menerusi lompatan ketiga di Stadium Olahraga New Clark City pada Selasa.