Pihak polis tidak menolak kemungkinan memanggil Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir bagi membantu siasatan berhubung insiden rusuhan yang berlaku pada Kongres AMK 2019, Jumaat lalu.
Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim setakat ini enam individu berusia 19 hingga 30 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut seksyen 148 kanun keseksaan.