Tangki diesel terbakar, 20 kilang hampir terbakar

2022-03-17 0

Tindakan pantas pasukan bomba memadam kebakaran sebuah tangki berisi diesel dalam kejadian di kilang kitar semula aluminium di Taman Teknologi Cheng, Melaka berjaya menyelamatkan sekurang-kurangnya 20 kilang berhampiran.

Kejadian sekitar 3 petang Isnin itu turut menyebabkan kepulan asap hitam tebal dapat dilihat sejauh kira-kira 5 kilometer.

Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Free Traffic Exchange