Berbeza dengan Kongres PKR, Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) 2019 melabuhkan tirai tanpa sebarang kekecohan.
Tiga hari berkampung di Shah Alam, konvensyen kali keempat sejak Amanah ditubuhkan pada 2015 itu menyaksikan parti itu menjalankan pemilihan buat kali pertama.