Tiga dijatuhi hukuman mati, seorang bebas atas kesalahan edar dadah

2022-03-16 0

Dua lelaki warga Iran dan seorang rakyat tempatan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang , atas pertuduhan pindaan mengedar dadah jenis methamphetamine, empat tahun lalu.
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap J Balakrishnan, 63; Mohammad Abbasi Younes, 37, dan Seyed Mohsen Nama-Zikivaj Seyed-Reza, 31, di akhir kes pembelaan.