Jangan berlakon, saya tahu mana Ali Baba jual lesen bot nelayan

2022-03-16 0

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub, memberi amaran kepada semua penerima lesen bot nelayan laut dalam dan pantai agar tidak menjual nikmat yang diberikan oleh kerajaan kepada orang lain.
Menurut beliau, lesen yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi memberi peluang golongan berkenaan mencari rezeki, bukannya untuk menjual kepentingan negara.